Search
Close this search box.

Perkhidmatan Badan Kereta & Cat Mitsubishi

Kembalikan Kesempurnaan Asal Kenderaan Anda dengan Perkhidmatan Badan Kereta & Cat Mitsubishi

Berikan semula kesempurnaan kepada kenderaan anda dengan Perkhidmatan Badan Kereta & Cat Mitsubishi. Juruteknik pakar kami menggunakan peralatan terkini dan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan kereta anda kelihatan seperti baru. Sama ada calar kecil atau pemulihan besar badan kereta, kami akan memulihkan keadaan asal kenderaan anda dengan teliti dan terjaga.

Manfaat Memilih Servis Badan Kereta & Cat Mitsubishi

Alami keunggulan Perkhidmatan Badan Kereta & Cat Mitsubishi untuk mendapatkan khidmat pakar terlatih, alat ganti tulen, dan penjagaan terperinci supaya kenderaan anda kembali ke keadaan asal.

Pakar Terlatih

Juruteknik bertauliah kami terlatih, memastikan setiap pembaikan memenuhi standard tertinggi.

Peralatan Canggih

Kami menggunakan alat tercanggih untuk hasil yang sempurna dan padanan warna yang tepat.

Perlindungan Waranti*

Hanya alat ganti tulen yang digunakan, memastikan waranti kenderaan anda kekal terpelihara.

*Sila rujuk kepada pengedar untuk maklumat lanjut.

Pedanan Sempurna & Alat Ganti Tulen

Kekalkan kualiti asal untuk prestasi dan ketahanan yang optimum.

*yang mana tercapai dahulu

Servis Kami

Servis Kami

Pakar pembaikan badan kereta kami akan mengembalikan bahagian luar kenderaan anda kepada bentuk asalnya secara profesional. Sama ada kemek kecil atau kerosakan besar, kami menilai dan membaiki setiap panel dengan teliti untuk menepati standard tertinggi. Kenderaan anda akan kelihatan sepertimana sebelum kemalangan.

Selepas kemalangan, bingkai kenderaan anda mungkin menjadi tidak sejajar. Dengan teknik dan kemahiran pakar, kami mengukur dengan tepat dan membetulkan kerosakan bingkai dengan efektif, memastikan integriti struktur kereta anda dikembalikan untuk keselamatan optimum.

Dengan bilik semburan terkini dan juruteknik cat yang cukup terlatih, kami menyediakan padanan warna dan pengecatan semula tanpa cela. Aplikasi cat berkualiti tinggi kami memulihkan kilauan kenderaan anda, memastikan ia kelihatan seperti baru.

Cermin depan yang rosak boleh menjejaskan keselamatan dan penglihatan anda. Kami menawarkan perkhidmatan penggantian cermin depan profesional, memastikan cermin baharu dipasang dengan selamat dan tepat. Kami hanya menggunakan bahan ganti asli dan berkualiti tinggi untuk memulihkan keselamatan dan fungsi kenderaan anda.

Kemudahan Terkini

Di Pusat Badan Kereta & Cat Mitsubishi, fasiliti canggih kami memastikan kenderaan anda menerima penjagaan pakar dari awal hingga akhir servis, untuk kepuasan terjamin. 

Panduan Mengendali Keadaan Ketika Kemalangan

Apabila anda memiliki sebuah Mitsubishi, anda juga menjadi sebahagian daripada keluarga yang mengutamakan keselamatan dan ketenangan anda. Walaupun kami berharap anda tidak akan mengalami kemalangan, tapi anda perlu bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Perkhidmatan Tunda Diiktiraf Mitsubishi

Perkhidmatan tunda kami akan membawa kenderaan anda ke pusat bertauliah untuk pembaikan tanpa bimbang, memastikan keselamatan, pemulihan ke keadaan optimum, dan perlindungan waranti sepenuhnya.

Manfaat Insurans Untuk Pemilik Mitsubishi

Memperkenalkan Insurans Kemalangan Individu MA24, pelan tambahan yang direka untuk meringankan beban kewangan pemilik kenderaan Mitsubishi sekiranya berlaku kemalangan.

JADILAH AHLI

Bantuan Mitsubishi 24Jam untuk Kelebihan Eksklusif!

PERLINDUNGAN KENDERAAN

Ahli program Bantuan Mitsubishi 24Jam boleh menikmati perkhidmatan berikut.
Kelulusan Tuntutan Segera
Nilai Dipersetujui Sehingga 12 Tahun
Tiada Sumbangan Betterment
Tiada Excess Sehingga 10 Tahun