Search
Close this search box.

Notis Anti Rasuah & Anti Korupsi

Anti Rasuah & Anti Korupsi

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. ("Mitsubishi Motors Malaysia") berkomitmen untuk menjalankan semua urus niaga, hubungan dan operasi dengan tahap etika dan integriti yang tertinggi sambil mengekalkan prinsip ketelusan dan keterbukaan. Mitsubishi Motors Malaysia juga mematuhi sepenuhnya semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan anti rasuah dan anti korupsi termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mitsubishi Motors Malaysia mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap semua bentuk rasuah serta korupsi, dan mengambil pendirian tegas menentang tindakan sedemikian.

Polisi Hadiah & Hiburan

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa amalan memberi dan menerima hadiah perniagaan mungkin berbeza antara negara, kawasan, budaya dan agama.

Oleh itu, Mitsubishi Motors Malaysia menerima tindakan hiburan dan kemurahan yang munasabah dan sesuai (sama ada diberikan kepada ataupun diterima dari pihak ketiga) dengan syarat dan keadaan berikut:

  • Tidak dibuat dengan niat untuk mempengaruhi pihak yang menerimanya, untuk mendapatkan atau membalas kepentingan perniagaan atau sebagai pertukaran yang nyata atau tersirat untuk mendapat manfaat atau kebaikan.
  • Mematuhi undang-undang tempatan.
  • Tidak mewah, berlebihan atau meragukan.
  • Tidak termasuk wang tunai atau setara wang tunai (contohnya, baucar atau sijil hadiah).
  • Diberikan ataupun diterima secara terbuka dengan deklarasi dan kelulusan yang betul daripada pengurusan Mitsubishi Motor Malaysia dan tidak diberikan secara rahsia atau secara peribadi.
  • Sesuai dengan keadaan (contohnya, memberikan hadiah kecil semasa musim perayaan).

Pendedahan Maklumat

Pekerja, pegawai dan rakan niaga Mitsubishi Motors Malaysia serta orang awam digalakkan untuk mengemukakan kebimbangan tentang sebarang kesalahan, amalan buruk, tidak wajar atau perilaku yang tidak sah dalam Mitsubishi Motors Malaysia dengan mengisi dan menghantar Borang Pendedahan Maklumat (BPM) dengan niat yang baik. BPM boleh didapatkan di sini. Setelah melengkapkan semua ruangan dan menghantar borang (sila klik "Hantar"), BMP akan dihantar secara elektronik ke saluran e-mel dedikasi dan selamat kami untuk tujuan pelaporan aduan. Sebagai alternatif, BPM yang lengkap juga boleh dihantar dalam bentuk salinan sampul surat fizikal yang dimeterai dan ditanda “Peribadi & Sulit” mengikut kaedah pelaporan berikut:
Mod Pelaporan Butiran Hubungan
Surat

(Menggunakan Borang Pendedahan Maklumat)
Sila lampirkan borang BMP dalam sampul surat yang dimeterai dan ditanda “Peribadi & Sulit” dan alamatkan kepada:

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.
Level 6, Building A, Dataran PHB,
Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor.

Kepada: Ketua Pegawai Pematuhan & Jawatankuasa Pendedahan Maklumat

Anda digalakkan untuk mengenal pasti diri anda dan memberikan maklumat perhubungan bagi membantu siasatan dan mengelakkan laporan palsu dan berniat jahat. Mitsubishi Motors Malaysia memberi jaminan bahawa semua laporan yang diterima akan dirahsiakan sepenuhnya.