Tanggapan pertama memukau yang memancarkan keyakinan dan perlindungan bagi penumpang dan juga pejalan kaki. Dapra terkembang yang luas menambah ciri tahan lasak kepada reka bentuk berinspirasikan kenderaan SUV.
Terletak di kedudukan yang lebih tinggi untuk meningkatkan kebolehlihatan pada waktu malam.
Memaksimakan penglihatan pemandu dengan memberikan liputan pencahayaan yang luas.
Reka bentuk progresif yang dilanjutkan sehingga pintu belakang meningkatkan keselamatan dengan memperbaiki penglihatan pengguna jalan raya yang lain.
Rim 16” ini sangat sepadan dengan penampilan dinamik XPANDER di samping meningkatkan gaya sporti.
Memudahkan proses membuka pintu dan menghidupkan enjin dengan Sistem Operasi Tanpa Kunci yang terkini.
Akses aplikasi kegemaran anda seperti Waze & Spotify pada skrin sentuh berkapasiti besar tanpa perlu memegang telefon.
Tempat duduk yang senang dijaga ini menjadikan perjalanan anda lebih selesa dan ia juga menlengkapi bahagian dalam XPANDER yang premium. *Pakej pengedar yang sah MMM.
Laraskan kepada ketinggian & kedudukan yang optimum untuk postur pemanduan yang selesa.
Dapatkan semua informasi yang anda perlu di atas jalan dengan paparan yang jelas dan mudah dibaca ini.
Pemanduan jarak jauh kini menjadi lebih selesa dan kurang memenatkan. XPANDER membantu pemanduan anda dengan mengekalkan pendikit yang stabil.
Setiap orang menyukai perjalanan yang menyejukkan, termasuk penumpang di belakang. Penumpang di belakang dapat mengawal kelajuan kipas masing-masing menggunakan pelaras kipas 4 kelajuan.
Menyediakan ruang yang luas untuk menyusun barang anda dengan lebih baik.
Dari botol minuman hingga bekas kecil, sebarang benda yang anda letak di sini tetap kukuh di tempatnya.
Ruang untuk meletakkan telefon anda dan barang lain berserta port USB dan port pengecas dalam jarak yang dekat.
Simpan lebih banyak barang atau jauhkan barang berharga anda daripada mata yang memerhati. Ia juga dilengkapi dengan soket 12V untuk cas peranti pintar.
Dulang yang mudah digunakan membolehkan anda menyimpan kasut dan barang lain tanpa perlu mengotorkan bahagian dalam kenderaan.
Kekalkan keseronokan perjalanan dengan poket yang mudah digunakan ini untuk meletakkan buku anda, tablet dan banyak lagi.
Penumpang yang berada di belakang juga mempunyai ruang untuk menyimpan dan mengecas telefon mereka menggunakan soket 12V malah dilengkapi dengan pemegang minuman.
Simpan benda basah atau kotor anda di ruangan simpanan tersembunyi ini tanpa memakan ruang but tambahan.
Simpan lebih banyak barang dan barang yang lebih besar dengan konfigurasi tempat duduk fleksibel XPANDER.
Mencipta pandangan 360 darjah dari setiap sudut bagi meningkatkan jarak pandangan pemandu dan mengurangkan titik buta terutamanya semasa meletak kereta di kawasan parkir. *Pakej pengedar sah MMM.
Merakam setiap detik atau kejadian dalam rakaman HD ketika anda sedang memandu. *Pakej pengedar sah MMM.
ASC mengesan pembelokan yang kurang atau lebih dan mengenakan brek secara automatik untuk mengekalkan kawalan, manakala kawalan cengkaman membantu memaksimumkan cengkaman terutama di permukaan jalan yang licin atau kasar.
ABS mengekalkan pergerakan kereta ketika menemui halangan sementara EBD mengimbangi jumlah kuasa brek di antara roda depan dan belakang untuk mengurangkan jarak berhenti kereta.
Menghalang kenderaan daripada bergerak ke belakang di atas permukaan yang condong dengan mengekalkan daya brek buat sementara sebelum pemecut digunakan.
Dalam situasi kecemasan, sistem menggunakan lebih banyak daya brek secara automatik bagi memastikan kenderaan berhenti dengan lebih pantas.
Mengingatkan pemandu untuk berehat ketika dalam perjalanan yang panjang dan tiba di destinasi dengan selamat.
Melindungi pemandu dan penumpang hadapan semasa berlaku perlanggaran dengan menyerap hampir kesemua impak.
Terokai intipati reka bentuk dan ciri-ciri XPANDER.
Pandu uji dengan penasihat jualan kami dan terokai bagaimana XPANDER dapat meningkatkan pengalaman memandu anda.