Dicipta untuk pergi ke mana-mana destinasi, Triton 4x4 adalah trak pikap serbaguna yang direka untuk menakluki rupa bumi yang mencabar dengan prestasi yang boleh dipercayai dalam apa jua keadaan.
Memberikan pecutan yang lancar dan lebih bertenaga untuk prestasi yang lebih unggul.
Memberi daya cengkaman dan kawalan optimum untuk pelbagai jenis rupa bumi.
Brek akan dikenakan secara automatik ketika menuruni bukit, membolehkan anda memberi tumpuan kepada pemanduan.
Mengawal kuasa enjin, transmisi dan brek secara menyeluruh untuk mengawal gelinciran roda dan memaksimumkan prestasi pada semua jenis rupa bumi.
Kadang-kala cabaran tidak dapat diramal dan Triton dapat menguasai semua pendakian, lintasi, mengelilingi dan melalui apa sahaja jenis rupa bumi.
Ruang hadapan yang mencukupi melindungi badan kenderaan semasa menghampiri halangan besar dan cerun yang curam. Ruang belakang yang luas juga membantu mengelakkan calar semasa mengundur dan keluar dari cerun yang menurun.
Sistem FCM mengesan kenderaan atau orang yang berada di hadapan dan mengeluarkan amaran visual dan audio apabila mempunyai tanda bahaya di hadapan. Brek akan dikenakan secara automatik untuk mengelak perlanggaran atau mengurangkan kesan impak.
Sistem ini mengesan kenderaan yang mendekati dari belakang atau sudut sisi dan memberi bunyi amaran kepada pemandu. Paparan amaran juga akan berkedip di cermin sisi untuk membantu pemandu menukar lorong dengan selamat.
Sistem ini membantu mengesan kenderaan yang bergerak semasa mengundur. Ia akan memberi amaran kepada pemandu melalui bunyi buzzer dan lampu penunjuk dalam meter kombinasi.
Membantu mengurangkan kemungkinan dan kesan pelanggaran di hadapan ataupun di belakang apabila pemandu tertekan pedal minyak semasa kenderaan berhenti.
Sistem ini menyediakan keselamatan, keselesaan, dan kemudahan memandu yang lebih baik pada waktu malam. Ia akan bertukar antara lampu jauh dan lampu jauh rendah secara automatik.
Merakam setiap detik atau insiden yang berlaku d ihadapan anda ketika memandu.
Melindungi pemandu dan penumpang dengan menyerap daya impak ketika berlaku perlanggaran.
Terokai intipati reka bentuk dan ciri-ciri Triton 4x4.
Jangan hanya membayangkan kemungkinan. Tempah pandu uji sekarang dan rasai kuasa, keselesaan dan serbaguna Triton 4x4.